fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto fail/ RTM

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.30 bilion daripada RM35.68 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam susut kepada RM16.80 bilion daripada RM21.91 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan satu tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

BNM juga menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM39.20 bilion kepada RM39.30 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM39.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM16.80 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 19 Dis, 2025. -BERNAMA

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN