fb fb fb fb fb

Indeks Sentimen PKS meningkat, cermin optimisme perniagaan separuh kedua 2025

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat kepada 56.8 pada separuh kedua 2025 berbanding 55.1 pada separuh pertama tahun ini.

Peningkatan itu menandakan jangkaan yang lebih baik terhadap keadaan ekonomi, prospek jualan, aktiviti pengembangan dan peluang pekerjaan, walaupun berdepan tekanan luaran yang tinggi.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain berkata, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang luar biasa, disokong oleh asas ekonomi yang lebih kukuh serta peluang pertumbuhan yang positif.

''Berdasarkan tinjauan yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2025, 68 peratus responden menjangkakan jualan yang lebih tinggi dan 53 peratus merancang untuk memperluas tenaga kerja.

''Ini menunjukkan persekitaran operasi yang lebih positif walaupun komuniti perniagaan berdepan tarif import luaran yang lebih tinggi, peluasan aplikasi Cukai
Jualan & Perkhidmatan (SST) serta pelarasan kos elektrik,'' katanya.

Tahap optimisme paling kukuh direkodkan dalam segmen pembuatan, dengan 89 peratus perniagaan menjangkakan pertumbuhan, membuktikan kesediaan menghadapi peningkatan kadar permintaan dan aktiviti pelaburan.

Tinjauan melibatkan 1,971 usahawan serta pemilik perniagaan merentasi 40 sektor dan semua saiz perniagaan itu turut mendedahkan, 58 peratus daripada responden menjangkakan ekonomi akan berkembang.

"Perusahaan mikro adalah yang paling optimis, dengan 65 peratus menjangkakan pertumbuhan, manakala hanya 44 peratus firma bersaiz sederhana kekal optimistik, mencerminkan kesan peningkatan kos dan ketidaktentuan persekitaran luaran.

"Permintaan terhadap pembiayaan kekal tinggi, dengan 81 peratus responden merancang untuk mendapatkan pembiayaan bagi modal kerja atau tujuan pengembangan," katanya lagi.

Jelasnya, aliran tunai juga bertambah baik, dengan peratusan PMKS yang mempunyai rizab kurang daripada enam bulan menurun kepada 31 peratus daripada 34 peratus, manakala yang mempunyai rizab melebihi tiga tahun meningkat kepada 15 peratus,'' katanya.

Permintaan terhadap pembiayaan kekal
tinggi, dengan 81 peratus responden merancang untuk mendapatkan pembiayaan bagi modal kerja
atau mengembangkan perniagaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI