fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.90 bilion daripada RM21.46 bilion pagi ini manakala dana Islam menokok kepada RM25.50 bilion daripada RM24.42 billion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik, satu tender repo berbalik semalaman dan satu tender repo berbalik Islam (SBBA) hari ini.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Bank pusat menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM24.0 bilion kepada RM27.9 bilion dan tender semalaman Murabahah daripada RM24.8 bilion kepada RM25.5 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM27.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM25.50 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang empat hari.

Setakat 12 Sept, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN