fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.30 bilion daripada RM19.26 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM25.80 bilion daripada RM28.48 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik, selain tender repo berbalik semalaman.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, sebulan dan tiga bulan.

BNM turut menyemak semula tender konvensional semalaman daripada RM27.1 bilion kepada RM27.3 bilion.

Pada pukul 4.00 petang, BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional RM27.3 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM25.8 bilion, kedua-dua dengan tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 18 Julai, 2025. -BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM