fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 April - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.2 bilion daripada RM22.15 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM17.42 bilion daripada RM22.74 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM22.6 bilion kepada RM24.2 bilion.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.2 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM17.4 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus sehingga 5 April.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN