fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan/ Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM34.54 bilion daripada RM41.68 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM19.03 bilion daripada RM15.82 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, tender Qard dan tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional Murabahah kepada RM19.0 bilion daripada RM15.3 bilion sebelum ini.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM34.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.0 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus sehingga 29 Februari.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN