fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM30.44 bilion daripada RM26.69 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM24.44 bilion daripada RM26.42 bilion.

Terdahulu, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM28.2 bilion kepada RM30.4 bilion.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.4 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus pada 18 Januari. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA