fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 November- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM34.5 bilion daripada RM36.62 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dana Islam meningkat kepada RM18.0 bilion daripada RM16.63 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM18.0 bilion daripada RM17.0 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional RM34.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM18.0 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 21 Nov. - BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE