fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Mei - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Isnin susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM27.63 bilion daripada RM29.16 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM22.04 bilion daripada RM22.91 bilion, sebelum ini.

Bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

BNM turut mengumumkan ketersediaan perjanjian jual beli dan belian balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM27.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM22.0 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 24 Mei, kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus. - BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI