fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM35.14 bilion daripada RM34.78 bilion pagi ini manakala dana Islam bertambah kepada RM23.81 bilion daripada RM21.23 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan satu tender repo berbalik.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM21.2 bilion kepada RM23.8 bilion.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.1 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.80 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 30 Julai 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA