KUALA LUMPUR, 24 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.50 bilion berbanding RM37.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam melonjak kepada RM17.40 bilion daripada RM16.85 bilion.
Terdahulu, BNM menjalankan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM35.50 bilion dan tender pasaran wang murabahah sebanyak RM17.40 bilion, kedua-duanya untuk wang dua hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 23 Dis 2025. -BERNAMA