fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM25.97 bilion berbanding RM27.59 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat sedikit kepada RM17.66 bilion daripada RM17.65 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan dua tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM17.60 bilion kepada RM17.70 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM17.70 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 19 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus.  -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI