fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.91 bilion berbanding RM29.54 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM18.61 bilion daripada RM23.32 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard, dua tender repo berbalik dan tender Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM30.5 bilion kepada RM30.9 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.60 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 15 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN