fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun sedikit kepada RM31.42 bilion berbanding RM32.88 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik sedikit kepada RM15.73 bilion daripada RM15.25 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM31.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM15.70 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM15.7 bilion daripada RM15.3 bilion sebelumnya.

Setakat 24 April, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN