fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 November - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM37.06 bilion daripada RM40.05 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam meningkat kepada RM22.89 bilion daripada RM21.96 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender qard dan dua tender repo berbalik.

BNM juga mengumumkan terbitan tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) pada 20 November berjumlah RM2.5 bilion bagi 30 hari serta ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh sebulan dan tiga bulan.

Bank pusat menyemak semula tender semalaman murabahah daripada RM21.3 bilion kepada RM22.9 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM37 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM22.9 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Pada 15 November, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF