fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender Bil-Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini berkurangan kepada RM28.83 bilion daripada RM31.44 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai turun kepada RM18.51 bilion daripada RM18.62 bilion sebelumnya.

Setakat 16 Mei, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN