fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 April - Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat menjalankan operasi setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard dan Bil-bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM26.05 bilion daripada RM21.65 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, mudah tunai berkurang kepada RM14.68 bilion daripada RM17.81 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 18 April. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI