fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard dan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini berjumlah RM30.44 bilion, sama seperti minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurangan kepada RM24.44 bilion daripada RM27.44 bilion sebelumnya.

Pada 18 Jan, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus.- BERNAMA

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI