fb fb fb fb fb

Jualan kenderaan baharu menyusut lapan peratus - MAA

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Jualan kenderaan baharu di Malaysia susut lapan peratus kepada 67,523 unit pada November 2024, berbanding bulan sama tahun lepas.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan berkata penurunan disebabkan pendekatan tunggu dan lihat pengguna, menjelang promosi hujung tahun.

Jualan kenderaan penumpang pada bulan tersebut mencecah 62,425 unit manakala jualan kenderaan komersial turun ketara, menguncup 24 peratus kepada 5,107 unit berbanding 6,677 unit, dicatatkan pada November 2023.

"Di sebalik penurunan itu, TIV bagi 11 bulan pertama 2024, naik 1.4 peratus kepada 731,534 unit, daripada tempoh sama tahun lepas.

Dari segi pengeluaran, 60,927 unit kenderaan penumpang dan komersial dihasilkan bulan lepas, turun 10 peratus daripada 67,743 unit pada November 2023," kata kenyataan itu.

MAA menjangkakan, momentum jualan lebih kukuh pada Disember 2024, dipacu promosi agresif hujung tahun.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM