fb fb fb fb fb

Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia, aliran masuk RM617.3 juta

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan aliran masuk ke dalam ekuiti domestik bernilai RM617.3 juta minggu lepas.

Bagaimanapun, trend pembelian untuk minggu ke-20 berturut-turut itu susut sedikit, berbanding RM817.4 juta minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, trend sama turut dipamerkan pelabur runcit tempatan.

Laporan Aliran Dana terkininya memaklumkan, sejumlah RM264.2 juta belian bersih direkodkan untuk minggu keempat berturut-turut.

Sebaliknya, pelabur asing melanjutkan jualan bersih untuk minggu ke-20, dengan aliran keluar lebih rendah berjumlah RM881.5 juta.

Sementara itu, jumlah dagangan harian purata (ADTV) susut secara menyeluruh kecuali bagi institusi tempatan yang meningkat 1.2 peratus.

Merentas ekuiti Asia, pelabur asing terus menjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar bersih AS$8.17 bilion  minggu lepas.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM