fb fb fb fb fb

BNM terima sambutan positif untuk lesen DITO

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Permohonan bagi lesen penanggung insurans dan pengendali takaful digital (DITO) mendapat sambutan positif sejak dibuka awal Januari lalu.

Kenyatan Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, respons itu mencerminkan keyakinan yang utuh bagi memperluas inovasi industri insurans dan takaful.

Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, jurang perlindungan insurans di negara ini masih ketara.

Khususnya, melibatkan segmen masyarakat yang kurang dan tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.

Justeru, gabungan DITO dengan penanggung dan pengendali sedia ada akan mengukuhkan lagi sistem kewangan dengan tawaran lebih inklusif.

Selain berdaya saing dan cekap, selaras keperluan pengguna yang semakin berkembang.

Ketika ini, sesi perbincangan dengan pemohon yang berminat sedang dijalankan.

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga hujung tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE