fb fb fb fb fb

Institusi perbankan negara kukuh, tampan ketidaktentuan luaran

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Institusi perbankan di negara ini mempunyai daya tahan kukuh untuk menampan ketidaktentuan luaran khususnya berkaitan krisis perbankan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Menurut Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Lee, bank tempatan mempunyai permodalan yang kukuh disokong pendekatan lebih konservatif.

"Bank tempatan daripada trauma yang berlaku di Amerika Syarikat. Bank tempatan juga lebih konservatif dengan permodalan yang kukuh.

Dari segi kelulusan pinjaman, peraturan yang dikenakan amat ketat. Jadi, saya meragui sekiranya bank tempatan akan menerima impak daripada perkembangan di Amerika Syarikat dan Eropah," kata Kenny dalam satu temu bual secara maya, hari ini.

Sementara itu, agensi penarafan RAM Rating Services Bhd tidak melihat sebarang impak penarafan terhadap bank tempatan susulan krisis perbankan di Amerika Syarikat.

Menurut agensi itu, asas kredit bank kekal teguh dan berdaya tahan bagi berdepan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global.


(Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Lee)

Media Baharu