fb fb fb fb fb

Industri pelancongan negara catat RM275.8 bilion tahun lalu

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 September- Industri pelancongan negara mencatat nilai sebanyak RM275.8 bilion tahun lalu.

Sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 15.1 peratus berbanding 13.9 peratus tahun sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), industri berkenaan berkembang 10.3 peratus daripada 26 peratus pada tahun 2022.

"Pertumbuhan ini disokong semua aktiviti ekonomi, terutamanya perdagangan runcit, perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara serta perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman.

"Bagaimanapun, aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan penginapan serta sukan dan rekreasi, kekal di bawah paras prapandemik.

"Prestasi memberangsangkan industri pelancongan dipengaruhi permintaan lebih kukuh daripada perbelanjaan pelancongan dalaman," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, sejumlah RM154.5 bilion perbelanjaan dalaman dicatatkan, melonjak daripada RM93 bilion pada 2022.

Daripada segi guna tenaga, industri pelancongan menyediakan pekerjaan kepada 3.4 juta orang, merangkumi 21.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerjaan di negara ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM