KUALA LUMPUR, 24 Mei- Indeks Pelopor Malaysia meningkat 2.3 peratus kepada 112.2 mata pada Mac 2024.
Ini merupakan pertumbuhan positif direkodkan bagi empat bulan berturut-turut.
Indeks Pelopor digunakan bagi mengukur prestasi ekonomi untuk tempoh empat hingga enam bulan akan datang.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan dalam tempoh itu mencerminkan prestasi ekonomi yang optimis dalam masa terdekat.
Peningkatan indeks didorong prestasi Indeks Perusahaan Bursa Malaysia dan Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain yang kukuh.
Bagi kedudukan ekonomi semasa, Indeks Serentak mengekalkan pertumbuhan positif dengan mencatatkan 125 mata, meningkat 2.3 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya.