fb fb fb fb fb

Indeks Nikkei cecah paras tertinggi melebihi 43,000 mata

Nikkei 225 mencatat kenaikan setinggi 1.4 peratus untuk mencecah paras rekod baharu 43,309.62/Foto REUTERS

TOKYO, 13 Ogos - Indeks Nikkei Jepun melonjak melebihi 43,000 mata buat kali pertama dalam sejarah pada Rabu, didorong oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan sentimen pelabur yang terus meningkat.

Nikkei 225 mencatat kenaikan setinggi 1.4 peratus untuk mencecah paras rekod baharu 43,309.62, meneruskan momentum kenaikan untuk hari keenam berturut-turut dan melonjak 7.5 peratus sejak 4 Ogos lalu.

Indeks Topix yang lebih luas turut menokok 1 peratus kepada 3,097.94, juga mencatat paras tertinggi sepanjang masa dan mengukuh selama enam sesi dagangan berturut-turut.

Lonjakan ini mencerminkan keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi global, khususnya selepas isyarat pemulihan kukuh di pasaran saham Amerika Syarikat.- REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI