fb fb fb fb fb

Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar

Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari) bersetuju dengan saranan penubuhan konsortium, dianggotai pemain industri solar berkelayakan untuk pemberian kontrak pada masa hadapan.

Persetujuan terhadap saranan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; DPMM itu dicapai dalam satu pertemuan semalam.

Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata, pihaknya turut menyarankan agar program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas.

Ini membolehkan syarikat bumiputera dalam industri minyak dan gas diberi keutamaan membabitkan pengagihan kontrak pada masa hadapan.

DPMM katanya, bersedia menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan pantas pengurusan Gentari, mengadakan libat urus dengan DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi membincangkan perkara berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE