fb fb fb fb fb

FTA antara Malaysia-EU, bantu negara tembus pasaran yang lebih besar - Pakar

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) akan membantu Malaysia mendapatkan akses pasaran yang lebih besar dan meningkatkan daya saing pengeksport tempatan.

Justeru, Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpendapat, usaha Perdana Menteri untuk menghidupkan semula perbincangan FTA itu adalah satu langkah yang tepat untuk ekonomi negara.

"Pentingnya membuka pasaran kepada Malaysia untuk menarik pelabur-pelabur asing datang ke Asia melalui Malaysia dan mengambil peluang pasaran yang wujud."

Kesatuan Eropah (EU) adalah negara ketiga terbesar dalam bidang perdagangan selepas China dan Singapura," kata Barjoyai kepada pemberita RTM dalam satu temu bual khas.

Tambahnya, sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan, negara yang terlibat bakal ditawarkan insentif perdagangan, pelaburan dan penyediaan perkhidmatan.

Terdahulu, Perdana Menteri di Hamburg memaklumkan Malaysia akan mempermudahkan FTA untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM