fb fb fb fb fb

FAMA di Bukit Mertajam akan menjadi pusat pemborong sayuran, tawarkan harga berpatutan

BUKIT MERTAJAM, 10 Januari - Komplek Pengedaran FAMA di Bukit Mertajam akan menjadi pusat pemborong sayuran, yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat membeli keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

Anak syarikat FAMA, Famacorp juga memperuntukkan RM1.5 juta kepada golongan peniaga bagi mewujudkan kemudahan bilik sejuk untuk pasaran eksport di kompleks berkenaan,

Pengerusi FAMA, Dato Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata demikian kepada pemberita di Bukit Mertajam.

Katanya selain menyediakan bilik sejuk, ia bakal menjadi Hab Pengedaran dan Pembungkusan Berteknologi Tinggi di Pulau Pinang, dalam usaha membantu meningkatkan kualiti dan jangka hayat produk.

Semua produk keperluan asas harian seperti sayur-sayuran serta buah-buahan boleh dibeli di kompleks ini, sekaligus menghalang penglibatan pihak ketiga dalam urusan pembelian harian.

Media Baharu