fb fb fb fb fb

Dana pinjaman, pastikan golongan sasar terima manfaat - Pakar

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Peruntukan kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sebanyak RM44 bilion menerusi Belanjawan 2024, memberi kelegaan kepada yang memerlukan dana pinjaman.

Bagaimanpun, proses pengagihan perlu dilaksanakan secara cekap agar tiada ketirisan dalam memastikan golongan sasar menerima manfaat.

Penganalisa Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berkata kecekapan itu termasuk pengurusan yang efisien dan tanpa birokrasi.

(Penganalisa Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik)

"Perlu dimudah carakan proses aplikasinya, kelulusan dan apabila diluluskan kelak, kita hendak melihat dari konteks kecekapan dari proses pengagihan pula yang seringkali diutarakan oleh komuniti perniagaan iaitu birokrasi," katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram berpendapat peruntukan perlu seiring dengan program pemerkasaan PMKS.

Ini bagi memastikan sektor tersebut lebih berdaya tahan.

"Saya harap ini lebih banyak diberi perhatian dan banyak daripadanya PMKS. Jadi kita dapati bahawa beberapa langkah lain, bukan peruntukan tapi langkah lain seperti kalau melabur semula, itu semua diberi keutamaan," kata Dr.Jomo.

Media Baharu