fb fb fb fb fb

CIMB lancar OCTO Biz, dorong pertumbuhan digital PMKS di ASEAN

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - CIMB Group memperkenalkan aplikasi baharu CIMB OCTO Biz dan pembiayaan SME FlexiCash/-i bagi membantu perniagaan kecil dan sederhana mengembangkan operasi serta mengukuhkan hubungan rentas sempadan di ASEAN.

Aplikasi berasaskan digital itu membolehkan pengurusan kewangan masa nyata, pembayaran antarabangsa dan akses, kepada pelbagai penyelesaian perniagaan pintar.

Produk SME FlexiCash/-i pula menawarkan pembiayaan fleksibel berdasarkan hasil perniagaan tanpa proses pinjaman tradisional.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin, berkata inisiatif itu seiring strategi Forward30, yang memanfaatkan inovasi digital untuk memacu pertumbuhan mampan.

Setakat ini, lebih 50 peratus pelanggan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana , PMKS CIMB telah menggunakan OCTO Biz dengan nilai transaksi melebihi RM17 bilion tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE