KUALA LUMPUR, 27 Januari- Keuntungan bersih Bursa Malaysia melonjak 22.9 peratus kepada RM310.1 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, ia didorong pertumbuhan kukuh dalam pasaran sekuriti, derivatif serta perniagaan data, dengan peningkatan hasil operasi 27.8 peratus, kepada RM757.7 juta.
"Secara keseluruhannya, tahun 2024 merupakan tahun yang kukuh untuk Bursa Malaysia.
"Kami tetap komited melaksanakan perubahan yang mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform utama untuk pengumpulan dana dan pelaburan.
"Bagi pihak Lembaga Pengarah Bursa Malaysia, saya dengan sukacitanya mengumumkan dividen akhir sebanyak 18 sen sesaham dan dividen khas sebanyak 8 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024," katanya menerusi kenyataan.
Pasaran sekuriti turut mencatat peningkatan dengan hasil dagangan sebanyak RM381.5 juta berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, indeks utama FBM KLCI meningkat 12.9 peratus, menjadikan Bursa Malaysia antara pasaran berprestasi tinggi di ASEAN.