fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia diiktiraf antara 50 syarikat PLC terbaik ASEAN

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Bursa Malaysia Bhd diiktiraf sebagai satu daripada 50 Syarikat Senaraian Awam (PLC) terbaik di ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Fad’l Mohamed berkata, Bursa Malaysia juga tersenarai sebagai lima PLC terbaik di Malaysia pada Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN yang diadakan semalam.

''Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan bursa yang berterusan dan komitmennya dalam mengekalkan piawaian tertinggi dari segi tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti.

“Tadbir urus korporat yang kukuh menjadi asas kepada pasaran modal yang berdaya tahan dan dipercayai.

''Justeru, Bursa Malaysia menekankan kecemerlangan tadbir urus sebagai asas utama kepada keyakinan pelabur dan pertumbuhan ekonomi mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anjuran badan penarafan, Minority Shareholders Watch Group, anugerah tersebut mengiktiraf PLC ASEAN yang menunjukkan kecemerlangan dalam tadbir urus berdasarkan Penilaian Serantau Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN (ACGS) 2024.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN