KUALA LUMPUR, 30 September - Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan aktiviti belian semasa harga murah, menjejaki sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.
Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.54 mata kepada 1,611.49 daripada 1,610.95 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.87 mata lebih tinggi kepada 1,611.82.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 208 berbanding 126, manakala 303 kaunter tidak berubah, 1,978 kaunter tidak diniagakan dan 81 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 213.66 juta unit bernilai RM77.74 juta.
Naib Presiden Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata sentimen di Wall Street bertambah baik didorong oleh saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) selepas kebimbangan sebelum ini terhadap peningkatan AI.
Peniaga juga memantau penutupan kerajaan AS yang mungkin akan berlaku pada Rabu yang boleh menyebabkan pekerja persekutuan diberhentikan kerja secara besar-besaran.
Sementara itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS turun lebih rendah pada 4.141 peratus.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng meningkat semula apabila peniaga membeli saham dalam pembuat kereta, syarikat tenaga solar dan pengeluar logam dalam persekitaran bahawa tindakan tegas Beijing terhadap perang harga membuahkan hasil.
Sentimen turut dipengaruhi oleh ikrar People’s Bank of China untuk meningkatkan langkah pelonggaran untuk menyokong pertumbuhan.
Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI ditutup tinggi pada Isnin berikutan aktiviti belian yang lengang.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.54 mata kepada 1,611.49 daripada 1,610.95 ketika ditutup semalam/Foto Hiasan
“Dana asing mungkin telah bertukar menjadi penjual bersih selepas menggalakkan aliran masuk asing bersih beberapa minggu lepas.
"Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,605-1,615. Harga emas mencatat satu lagi rekod paras tertinggi melebihi US$3,800 setiap auns," kata Thong kepada Bernama.
Antara saham wajaran tinggi, Press Metal Aluminium dan Gamuda naik tiga sen masing-masing kepada RM5.94 dan RM5.55 manakala YTL Power International, Petronas Chemicals dan SD Guthrie meningkat dua sen masing-masing kepada RM4.20, RM4.37 dan RM5.26.
Bagi kaunter akitf, NexG Bina menambah 0.5 sen 10 sen, TWL, Trive dan JS Solar tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen, 1.5 sen dan 42 sen respectively, manakala Notion Vtec naik 4.5 sen kepada 64.5 sen.
Antara kaunter untung ialah Malaysian Pacific Industries naik 18 sen kepada RM29.28, United Plantations meningkat 16 sen kepada RM23.02; Plenitude melonjak 13 sen kepada RM2.35; Panasonic Manufacturing menambah 11 sen kepada RM8.65 dan Malaysian Cement menokok 10 sen kepada RM7.05.
Bagi kaunter rugi pula, Nestle berkurangan 58 sen kepada RM96.52, F&N turun 12 sen kepada RM27.18; Crescendo merosot tujuh sen kepada RM1.38 dan Kawan Food shed six sen to RM1.01.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.14 mata kepada 11,999.59, Indeks FBMT 100 naik 8.16 mata kepada 11,732.12, Indeks FBM Emas Shariah menambah 25.98 mata kepada 12,035.62, Indeks FBM 70 menokok 30.26 mata kepada 16,814.11, dan Indeks FBM ACE turun 6.22 mata kepada 5,183.64.
Dari segi sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 90.02 mata kepada 18,444.07, Indeks Tenaga bertambah 4.78 mata kepada 783.04, Indeks Perladangan naik 16.91 mata kepada 7,788.48 Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 21.58 mata kepada 18,242.30. -BERNAMA