fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan sentimen masih berhati-hati berikutan krisis hutang pemaju hartanah China, Evergrande Group serta pakej rangsangan negara itu yang tidak begitu berkesan, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.30 mata kepada 1,423.87 berbanding 1,424.17 pada penutupan Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka 0.10 mata lebih rendah pada paras 1,424.07.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 155 berbalas 131, manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,744 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Jumlah dagangan 169.92 juta unit bernilai RM72.89 juta.

Menurut satu laporan berita, syarikat itu kini sedang berunding dengan pemiutang luar negara mengenai rancangan penstrukturan semula untuk menyelesaikan lebih US$30 bilion (US$1=RM4.70).

Laporan itu menyatakan Evergrande ialah pemaju hartanah yang paling banyak berhutang dan berada di tengah-tengah krisis pasaran hartanah yang mengheret pertumbuhan ekonomi China.

Namun begitu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat kegiatan memburu saham murah dijangka muncul di pasaran tempatan, disokong oleh perkembangan positif di Amerika Syarikat.