fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Pemegang kepentingan industri minyak sawit perlu berusaha kekalkan kemakmuran bersama - Fadillah

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit mesti berusaha mengekalkan kemakmuran aspek-aspek utama industri itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemain industri mesti mengakui cabaran dalam mengemudi landskap pertanian global.

"Adalah penting untuk menekankan bahawa mengeluarkan minyak sawit daripada bekalan makanan global akan membawa kesan buruk kepada industri kita dan dunia secara keseluruhannya," katanya ketika berucap pada Persidangan Minyak Sawit Kebangsaan (NPOC 2023) anjuran Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) yang bermula hari ini.

Jelasnya, industri minyak sawit Malaysia telah memainkan peranan transformatif dalam menjadikan negara sebagai peneraju global pasaran minyak makanan.

Sektor berkenaan katanya, menjadi tonggak sosioekonomi yang berdaya tahan, menyumbang dengan ketara kepada pembangunan luar bandar.

"Ia telah menyediakan peluang pekerjaan secara konsisten, merangsang industri yang berkaitan, dan meningkatkan pendapatan pertukaran asing, manakala seluruh rantaian bekalan secara konsisten menyumbang hasil cukai yang besar, menekankan kepentingan ekonomi," katanya.

Sehingga Disember 2022, kelapa sawit yang ditanam di Malaysia mencapai 5.67 juta hektar, dan hasilnya menyumbang kira-kira 18 peratus daripada eksport minyak dan lemak makanan dunia.

"Negara kita kekal komited untuk menangani amalan perdagangan diskriminasi yang bertujuan untuk menjejaskan komoditi pertanian penting ini.

"Oleh itu, kita akan terus berusaha untuk melibatkan diri dengan Kesatuan Eropah dan pihak berkepentingan lain berikutan pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) untuk melindungi industri kita," tambah beliau.

NPOC 2023 itu bertemakan “Palm Progress: Future-proofing competitiveness and sustainability”.

Pada acara itu, MPOA telah memperkenalkan Garis Panduan Pengambilan Bertanggungjawab MPOA mengenai pengambilan pekerja asing yang merupakan komponen penting dalam Piagam Pekerjaan Bertanggungjawab MPOA.

0210 FADILLAH SAWIT 3( Datuk Seri Fadillah merasmikan Persidangan Minyak Sawit Kebangsaan (NPOC 2023) yang turut memperkenalkan
 Garis Panduan Pengambilan Bertanggungjawab MPOA mengenai pengambilan pekerja asing)