fb fb fb fb fb

BNM laksana operasi serap lebihan mudah tunai, kadar jangka pendek stabil

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 6 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM24.60 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.01 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat mengeluarkan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM4.1 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 92 hari.

Sementara itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.2 bilion dan RM27.0 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN