fb fb fb fb fb

BEST-BYOB 2024 akan dilancar suku ketiga tahun ini

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Pemilihan peserta bagi program keusahawanan B40 Empowerment Strategy-Be Your Own Boss (BEST-BYOB) 2024 kini di fasa akhir.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali, dua universiti dikenal pasti dalam pencarian usahawan baharu terdiri daripada golongan asnaf dan B40.

"Masih lagi di peringkat perancangan terakhir dengan pihak universiti, dan insya-Allah tahun ini juga kita akan lancarkan, anggaran dalam suku ketiga tahun ini."katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kolaborasi PPZ-MAIWP bersama RHB Islamic Bank Berhad 2024.

Pada majlis sama, RHB Islamic menyerahkan zakat korporat berjumlah RM3 juta bagi tahun 2023 kepada PPZ-MAIWP.

Jumlah itu meningkat RM1 juta daripada tahun 2022.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE