KUALA LUMPUR, 7 Januari- Bank Islam Malaysia Berhad memperluaskan tawaran terbaharunya dengan memperkenalkan Akaun Pelaburan Mampan Ihsan, ISIA.
Menerusi satu kenyataan, syarikat perbankan itu berkata, selain menawarkan pulangan pelaburan, tawaran tersebut juga memberi impak sosial dan alam sekitar yang positif melalui Kewangan Sosial.
"Tawaran ini direka untuk pelanggan yang mencari pelaburan stabil jangka pendek dalam ketidaktentuan yang sering dikaitkan dengan pelaburan ekuiti dan pendapatan tetap.
"Selaras dengan tuntutan Syariah (Maqasid Shariah), tawaran tersebut mencerminkan komitmen syarikat ini dalam mendahulukan kemakmuran untuk semua, selain memberi peluang kepada pelabur untuk bersama-sama membentuk ekonomi positif kepada alam dengan meneroka potensi Kewangan Islam,"menurut Bank Islam.