fb fb fb fb fb

Anugerah E50, platform iktiraf 50 PMKS terbaik dalam negara

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Anugerah E50 diperkenalkan SME Corp Malaysia, meneruskan pencarian 50 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terbaik dalam negara.

Siri jelajah pencarian Wilayah Pantai Timur mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 100 syarikat berpotensi dari sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Menerusi kenyataan SME Corp, Anugerah E50 turut menggalakkan PMKS melengkapkan operasi perniagaan melalui amalan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Tahun ini, Anugerah Amalan ESG Terbaik E50 turut diperkenal bagi mengiktiraf syarikat yang menjadikan ESG sebagai agenda utama perniagaan.

Bagi meningkatkan penyertaan PMKS, beberapa siri jelajah dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang yang mewakili Zon Utara dan Johor mewakili Zon Selatan.

Syarikat yang ingin turut serta, perlu mengemukakan pencalonan secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS sebelum 30 Jun ini.

Maklumat lanjut layari laman sesawang, www.e50.com.my.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM