fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, diniagakan dalam keadaan berhati-hati berikutan penggubal dasar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat menyatakan hasrat untuk mengekalkan kadar faedah tinggi bagi tempoh lebih lama.

Sementara itu, para peniaga sedang menunggu data indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras AS April, yang akan diterbitkan pada Jumaat, untuk menentukan hala tuju pasaran selanjutnya, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 turun sedikit kepada US$2,345.10 setiap auns troy daripada US$2,346.5 setiap auns troy semalam.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya susut kepada US$2,355.9 setiap auns troy daripada US$2,357.3 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan naik kepada 36 lot daripada 17 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 68 kontrak daripada 49 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$2,350.65 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 28 Mei. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF