fb fb fb fb fb

Al Khairi Insurance bekerjasama dengan syarikat pengendali Hospital Arab Saudi

(Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan MoU antara Al Khairi Insurance
Limited yang diwakili Mohd Khairi (kiri) dengan beberapa buah syarikat lain di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 28 September-Perlindungan bagi bantuan perubatan umrah dan haji antara yang ditawarkan Al Khairi Insurance Ltd (AKIL).

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Nik Shazni Farhan Nik Mohammad Shah berkata, ke arah itu syarikat menjalin kerjasama dengan PM Protected Cell Company Ltd (PM PCC), Medex Healthcare Ltd dan VFS Global untuk perkongsian strategik selama setahun.

Menerusi kerjasama dengan Medex Healthcare Ltd yang mengendalikan hampir 20 hospital di Arab Saudi, pelanggan boleh mendapatkan bantuan perubatan di hospital terpilih secara tanpa tunai.

"Fokus kami lebih kepada rantau Asia dan global. Antara segmen yang kami fokus pada masa ini ialah Bantuan Perubatan Umrah dan Haji untuk jemaah yang melancong dari mana-mana sahaja di dunia ke Arab Saudi, untuk menunaikan umrah mereka. Kami akan bantu dalam perlindungan perubatan," katanya.


(Timbalan Pengerusi Eksekutif Al Khairi Insurance, Nik Shazni Farhan Nik Mohammad Shah)

Beliau berkata demikian selepas majlis pemeteraian perjanjian persefahaman dengan ketiga-tiga syarikat berkenaan di ibu negara.

Jelasnya, kerjasama dengan VFS Global pula membolehkan Al Khairi menawarkan perlindungan bersesuaian kepada pelanggan syarikat multinasional tersebut, yang beroperasi di lebih 160 negara.

Manakala kerjasama strategik antara AKIL dan PM PCC membolehkan kedua-dua pihak berkongsi dan meneroka pasaran dan kapasiti insurans semula dan takaful semula.

Media Baharu