fb fb fb fb fb

AirAsia tawar 10 juta tempat duduk percuma

FOTO AIRASIA

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Sebanyak 10 juta tempat duduk percuma kembali ditawarkan kepada orang ramai oleh AirAsia melalui Kempen Tempat Duduk Percuma bagi menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Menerusi satu kenyataan, AirAsia berkata promosi tersebut hanya terpakai untuk tambang asas sahaja tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang berkaitan.

Semua penerbangan promosi boleh ditempah sehingga 16 Jun 2024 hanya di aplikasi AirAsia MOVE.

Para pengembara juga boleh mengambil peluang ini untuk melancong dalam negara iaitu ke Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Alor Setar sekaligus menyokong industri pelancongan dan ekonomi tempatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE