fb fb fb fb fb

5 wilayah koridor ekonomi tarik pelaburan RM87.56 bilion, jana lebih 108,000 pekerjaan

Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 November -Lima wilayah koridor ekonomi negara berjaya menarik pelaburan sebenar sebanyak RM87.56 bilion dalam tempoh 10 bulan, tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, antara kelima-lima koridor ini berjaya menjana 108,243 peluang pekerjaan antara bulan Januari hingga 31 Oktober lalu.

"Kementerian sentiasa menilai dan memantau kemajuan pelaksanaan projek melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan peringkat kementerian, Mesyuarat Majlis Koridor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, serta Mesyuarat Penyelarasan peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa Belanjawan 2026 Kementerian Ekonomi, di Dewan Rakyat,

Lima koridor ekonomi negara adalah bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Pihak Perkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA) Dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Kementerian Ekonomi juga sedang melaksanakan Penilaian Impak Berkuasa Koridor (PBK) yang bertujuan meneliti semula peranan dan fungsi serta struktur tadbir urus PBK yang dijangka siap pada suku pertama 2026.

Peranan dan fungsi PBK akan lebih tertumpu kepada usaha memudahcara dan merealisasikan pelaburan di wilayah ekonomi koridor selaras dengan hasrat Majlis Pelaburan Negara.

Mengulas mengenai pemansuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Datuk Seri Amir berkata perkara yang dibangkitkan tidak relevan kerana perbadanan itu masih wujud.

TETITIA YUSOFF