fb fb fb fb fb

Warga Sweden dibebaskan dari penjara Iran

Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson memberi jambangan bunga kepada Johan Floderus yang tiba di Lapangan Terbang Arlanda, Stockholm/ REUTERS

STOCKHOLM, 16 Jun- Warga Sweden Johan Floderus berkata seakan 'berada di awang-awangan' apabila dia dibebaskan dari penjara Iran pada Sabtu.

Sweden dan Iran melakukan pertukaran banduan pada Sabtu dengan Sweden membebaskan seorang bekas pegawai Iran yang disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam hukuman mati beramai-ramai dan penyeksaan tahanan politik di Iran pada 1988, manakala Iran membebaskan dua warga Sweden yang ditahan di sana.

"Saya seakan 'berada di awang-awangan'. Saya telah menunggu selama hampir 800 hari," kata Floderus menerusi panggilan telefon antara beliau dan Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson semasa beliau menanti penerbangan pulang ke Sweden.

Floderus, seorang pekerja Kesatuan Eropah (EU) ditangkap di Iran pada 2022 dan didakwa kerana mengintip untuk Israel dan "rasuah", jenayah yang membawa hukuman mati.

Dia mengimpikan hari pembebasannya selama-lamanya. "Kini saya telah meninggalkan Iran dan saya dalam perjalanan pulang semula."

Dalam satu wawancara radio pada Ahad, Kristersson menolak kritikan daripada isteri dua warganegara Sweden-Iran, Ahmadreza Djalali, yang masih kekal di penjara Iran selepas Tehran enggan memasukkannya dalam pertukaran itu.

"Saya amat menghormati kekecewaannya, tetapi tidak memahami kritikan itu," katanya kepada radio Sweden.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI