fb fb fb fb fb

Tangani perubahan iklim dunia, China - AS sepakat jalin kerjasama

Foto Hiasan

BEIJING, 3 September - Ke arah usaha menangani perubahan iklim dunia, China dan Amerika Syarikat setuju mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dua hala bagi tujuan tersebut.

Kedua-dua negara akan mengadakan mesyuarat kedua, Kumpulan Kerja mengenai Meningkatkan Tindakan Iklim menjelang 2020.

Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China.

Penasihat Kanan Presiden Amerika bagi Dasar Iklim Antarabangsa, John Podesta dijangka melawat China bermula esok hingga Jumaat ini.

Antara perkara yang akan dibincangkan, kerjasama praktikal dalam kerangka kumpulan kerja, tindakan dasar iklim domestik dan usaha pelbagai hala bagimenangani perubahan iklim. - BERNAMA/XINHUA

Trainee2