fb fb fb fb fb

UNHCR gesa sokongan warga dunia terhadap pelarian Rohingya

FOTO AFP

DHAKA, 21 Februari- Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menggesa sokongan berterusan antarabangsa terhadap pelarian Rohingya dan negara tuan rumah Bangladesh.

Pada Ogos 2017, hampir 750,000 Muslim Rohingya melarikan diri daripada kekejaman pihak tentera di Rakhine, Myanmar, menjadikan jumlah keseluruhan pelarian di Cox’s Bazar mencecah 1.2 juta orang.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Kelly T. Clements dan Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik Indrika Ratwatte melawat Bangladesh pada 13 hingga 18 Feb, termasuk ke kem pelarian di Cox's Bazar dan Pulau Bhasan Char.

Hasil lawatan itu mendapati terdapatnya keperluan mendesak dan lebih komprehensif berkaitan bantuan kemanusiaan.


Ia termasuk penyelesaian alternatif seperti penempatan semula ke negara ketiga untuk golongan paling terjejas dengan perlindungan khusus, serta peluang pekerjaan dan pendidikan.

Clements turut mengulangi komitmen UNHCR bagi kepulangan secara sukarela dan penyelesaian lain. -AFP

Media Baharu