fb fb fb fb fb

Tujuh individu maut akibat ribut di wilayah Jiangxi

Jalan dinaiki air selepas dilanda ribut dan disertai hujan batu di wilayah Jiangxi/REUTERS

BEIJING, 3 April- Ribut yang jarang berlaku telah mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh individu di wilayah Jiangxi selatan China sejak hujung minggu. Tiga daripadanya tercampak keluar dari pangsapuri ketika mereka tidur.

Cuaca ekstrem, yang bermula pada 31 Mac, telah melanda sembilan bandar termasuk Nanchang dan Jiujiang dengan 93,000 penduduk di 54 daerah terjejas, kata ibu pejabat kawalan banjir kecemasan wilayah Jiangxi.

Pada Ahad, satu kejadian tiupan angin kuat telah meranapkan tingkap sebesar pintu di dua pangsapuri di Nanchang, ibu kota wilayah.

Penduduk di seluruh wilayah China dan 552 terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat. Sebanyak 2,751 rumah turut rosak berikutan ribut itu.

Kejadian itu diikuti dengan kilat, hujan lebat dan hujan batu sebesar bola golf. Ia turut menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak 150 juta yuan ($21 juta), kata pegawai tempatan.

Biro cuaca China telah mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan sehingga tahap 12.

Peramal cuaca China mengekalkan amaran cuaca teruk pada tahap tertinggi iaitu berada pada tahap jingga di beberapa kawasan di tenggara negara itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI