fb fb fb fb fb

Trump mahu Elon Musk lebih ‘agresif’, pemotongan perbelanjaan kerajaan

Elon Mask dan Donald Trump/ FOTO REUTERS

WASHINGTON,, 22 Februari - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sabtu menyatakan bahawa beliau mahu penasihatnya, Elon Musk bertindak lebih tegas dalam melaksanakan agenda reformasi bagi mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.

"Elon melakukan kerja yang hebat, tetapi saya mahu melihatnya menjadi lebih agresif," kataTrump di platform Truth Social miliknya. "Ingat, kita ada negara yang perlu diselamatkan."

Trump telah melantik Elon untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan, sebuah entiti baharu yang ditugaskan untuk memotong perbelanjaan awam dan merombak operasi kerajaan. - AFP

TETITIA YUSOFF