fb fb fb fb fb

Tragedi kapal karam, 14 mayat ditemukan

(Foto Twitter)

SRI LANKA, 24 Mei- Tentera laut Sri Lanka telah menemukan 14 mayat di dalam sebuah kapal nelayan China yang karam di tengah Lautan Hindi pada 16 Mei lalu.

Menurut kenyataan Tentera laut Sri Lanka, penyelam telah menemukan dua mayat dan mengesan 12 lagi mayat pada Selasa.

"Lokasi 12 mayat di dalam kapal itu dipetakan dan diserahkan kepada pihak berkuasa China.

"Penemuan itu berlaku sehari selepas siasatan awal kerajaan China berkata tiada mangsa terselamat dalam insiden itu.

"Beberapa negara menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk Australia, India, Sri Lanka, Indonesia dan Maldives.

"Bangkai kapal itu dikesan hanyut menuju ke arah timur laut," katanya.

Terdahulu, Kapal Lu Peng Yuan Yu 028 terbalik dan menyebabkan 39 anak kapal terkorban membabitkan 17 warga China, 17 warga Indonesia dan lima warga China.

Kapal itu dilaporkan karam 5,000 kilometer (3,100 batu) ke barat Perth, Australia.

Kapal nelayan milik Penglai Jinglu Fishery Co Ltd itu berpangkalan di Shandong, China.

Syarikat berkenaan menjalankan operasi memancing sotong dan tuna di perairan antarabangsa, termasuk Lautan Hindi dan laut sekitar Amerika Latin.

Setakat ini, syarikat tersebut belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tragedi itu. - AFP


(Foto Twitter)

Media Baharu