fb fb fb fb fb

Taufan Mawar dijangka badai Guam

(Foto AFP)

AMERIKA SYARIKAT, 24 Mei- Taufan Mawar yang membawa angin kuat dijangka membadai wilayah Guam, Amerika Syarikat (AS).

Ia membawa angin berkelajuan 225 kilometer sejam, menjadikannya taufan kategori empat berbahaya.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata taufan tersebut berada 45 batu (70 kilometer) tenggara Guam pada Rabu.

"Trek semasa Taufan Mawar menunjukkan ia bakal melintasi Guam dan boleh mengancam nyawa.

"Keadaan cuaca di Guam semakin teruk dengan amaran banjir, hujan lebat dan angin kuat telah dikeluarkan.

"Kerosakan besar boleh berlaku terhadap bangunan dan kediaman.

"Kami menjangkakan taufan akan melanda Guam dalam beberapa jam akan datang," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan keadaan darurat di pulau yang mempunyai 170,000 orang itu.

Biden turut mengeluarkan arahan pemindahan dan telah membuka tempat perlindungan sementara. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu